M
Geng
Baru 720p

Geng

Tajuk asal: Geng (2019)

Tahun: 2019

Sinopsis

Mengisahkan tentang Isabella (Sherry Alhadad), seorang bekas banduan yang ingin meninggalkan dunia jenayah tetapi geng lamanya, ‘Geng Naga Kilat’, memaksa beliau untuk membuat satu lagi penghantaran dadah. Isabella enggan membuat sedemikian mengakibatkan ibunya (Fatimah Abu Bakar) diculik. Isabella ingin mendapatkan ibunya semula dan menumpaskan operasi geng lamanya, justeru beliau mendapatkan bantuan dari dua rakan baik beliau, Anita (Nadiya Nisaa) dan Mariam (Lisa Surihani). Kebetulan Anita yang merupakan seorang peguam dan Mariam pula yang merupakan seorang bekas jurutera dan kini merupakan suri rumah sepenuh masa, turut dilanda masalah; masing-masing ditempat kerja dan hal keluarga. Ingin bebas, Anita dan Mariam kemudiannya bersetuju untuk membantu dan mengikut Isabella ke Padang Besar bagi menyelesaikan tugasan terakhirnya, seterusnya membebaskan ibu Isabella dari gengaman ‘Geng Naga Kilat’. Dalam perjalanan, mereka mengimbas kembali momen-momen istimewa yang menggamit memori ketika di zaman persekolahan. Hubungan mereka kembali erat namun pelbagai dugaan yang berlaku di sepanjang perjalanan merumitkan proses untuk mereka berbaik semula. Berjayakah mereka membantuI sabella keluar dari belenggu ini? Mampukah juga Isabella meninggalkan teman lelakinya, Alex (Hisham Hamid), yang turut merupakan ketua kumpulan ‘Geng Naga Kilat’, dan yang paling utama, adakah hubungan Isabella dengan kedua-dua rakan baiknya, Anita dan Mariam kembali terjalin, ‘Freshies for life’?

Ditambah:
22 Nov 2026, 22:15 MYT
Metadata dikemas kini:
N/A MYT
Tarikh di sumber:
18 Oct 2021

Versi Tersenarai 1

PPVRIP 720p Dilihat 22 Nov 2026

MovieMatz hanya menyimpan metadata untuk tujuan katalog. Pautan streaming atau muat turan tidak dipaparkan.