M
Hantu Rumah Sakit Jiwa
Baru 720p

Hantu Rumah Sakit Jiwa

Tajuk asal: Hantu Rumah Sakit Jiwa (2018)

Tahun: 2018

Sinopsis

Mengisahkan kehidupan tiga beradik yatim piatu iaitu Johan, Syafiq dan Zed yang tinggal bersama-sama di sebuah rumah peninggalan orang tua selepas ibu bapa mereka meninggal dunia akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya. Sejak pemergian ibu bapa mereka, bapa saudaranya Razak (Azhan Rani) yang selama ini tidak begitu mesra dengan Johan sekeluarga telah muncul dengan agenda tersirat. Razak berhajat untuk memiliki rumah kediaman tiga beradik itu. Ketiga-tiga beradik itu kemudian terbabit dalam satu kemalangan sewaktu melakukan aktiviti lasak, terjunan bungee yang sudah dirancang oleh Razak. Apabila mereka melakukan terjunan secara serentak, tiba-tiba tali mereka terputus dan membuatkan mereka jatuh terhempas ke dalam gaung yang menyebabkan mereka koma di hospital. Apabila tersedar, mereka terkejut apabila melihat rumah mereka kini dijadikan pusat rawatan mental. Pada masa sama, ketiga-tiganya menjadi panik apabila menyedari bahawa hanya pesakit mental sahaja boleh melihat kewujudan mereka. Justeru, Johan dan adik-adiknya menganggap bahawa hanya pesakit mental sahaja boleh melihat mereka dan tidak bagi manusia normal. Keadaan ini secara tidak langsung memudahkan mereka bertiga menyusup masuk dan melakukan pengintipan bagi mengenal pasti apa yang sebenarnya terjadi sehinggalah mereka menemui motif di sebalik penukaran status rumah agam mereka kepada pusat rawatan mental.

Ditambah:
22 Nov 2026, 22:15 MYT
Metadata dikemas kini:
N/A MYT
Tarikh di sumber:
20 Jul 2021

Versi Tersenarai 1

HDTV 720p Dilihat 22 Nov 2026

MovieMatz hanya menyimpan metadata untuk tujuan katalog. Pautan streaming atau muat turan tidak dipaparkan.