M
Perempuan Paling Merana
Baru 1080p 720p

Perempuan Paling Merana

Tajuk asal: Perempuan Paling Merana (2024)

Tahun: 2024

Sinopsis

Saleha (Mimi Lana) adalah isteri kepada seorang ahli perniagaan berjaya iaitu Amir (Fikry Ibrahim). Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Nurain (Puteri Rayyana Rayqa) sepanjang 8 tahun membina mahligai bahagia. Amir merupakan seorang suami yang penyayang dan warak. Segala keperluan seorang isteri dipersiapkannya. Malah, Saleha yang dikahwininya pula adalah seorang wanita yang berpegang teguh kepada agama dan merupakan sukarelawan NGO (Non-governmental Organization) untuk mengisi masa senggangnya. Di samping itu, Saleha bertuah kerana mempunyai keluarga mertua yang sangat baik, lebih-lebih lagi ibu mertuanya (Zarina Zainudin) yang sangat menyayangi dirinya dan menganggap Saleha seperti anaknya sendiri memandangkan Saleha adalah anak yatim. Pada suatu hari, keluarga Amir membuat majlis kesyukuran untuk menyambut kepulangan Pak De? (Zamarul Hisham) setelah lama merantau. Pak De? adalah adik angkat arwah bapa Amir yang telah dianggap ahli keluarga rapat oleh seluruh keluarga Amir. Tetapi sejak Amir dan Saleha berkahwin, tidak pernah sekali pun Saleha berjumpa dengan Pak De? sehinggalah pada hari majlis kesyukuran tersebut. Ketika majlis berlangsung Saleha ternampak satu susuk tubuh yang seperti sangat dikenalinya yang sudah lama dia tidak berjumpa. Saleha merasa cemas kerana lelaki itu merupakan seseorang yang datang dari masa silamnya. Adakah kehadiran Pak De? bakal menghantui kehidupan dan kebahagian Amir dan Saleha?

Pengarah:
Syed Fariz
Pelakon:
Fikry Ibrahim, Husna Mustaffa, Mimi Lana, Nizam Kama, Puteri Rayyana Rayqa, Zamarul Hisham, Zarina Zainuddin
Ditambah:
22 Nov 2026, 22:06 MYT
Metadata dikemas kini:
22 Nov 2026, 23:23 MYT
Tarikh di sumber:
13 Jun 2024

Versi Tersenarai 1

WEB-DL 720p1080p MalayEnglish Sub Malay Dub Dilihat 22 Nov 2026

MovieMatz hanya menyimpan metadata untuk tujuan katalog. Pautan streaming atau muat turan tidak dipaparkan.