M
Saya Jual Ye Bang
Baru 1080p 720p

Saya Jual Ye Bang

Tajuk asal: Saya Jual Ye Bang (2019)

Tahun: 2019

Sinopsis

Mengisahkan tentang Rose (Uqasha Senrose), seorang pegawai pemasaran yang bercita-cita tinggi, mempunyai seorang suami yang sangat penyayang dan sentiasa merendah diri iaitu Amin (Zizan Razak), seorang mekanik. Walaupun tidak memiliki kehidupan yang mewah dan hidup dalam keadaan serba sederhana, namun Rose dan Amin merupakan pasangan yang sangat bahagia. Suatu hari, Rose tiba-tiba diberhentikan kerja di atas kesalahan yang tidak disengajakan. Setelah berbulan-bulan lamanya Rose menganggur, akhirnya Rose ditawarkan kerja sebagai jurujual di sebuah pasaraya, namun pekerjaan itu agak mencabar dan Rose tidak mampu untuk mencapai sasaran jualan bulanan yang dikehendaki oleh majikannya. Pada masa yang sama, Rose turut tertekan dengan sikap rakan sekerja yang dilihat kerap kali memperlekehkannya kerana kegagalan beliau menjual produk syarikat. Oleh kerana sebuah insiden yang mengelirukan, beliau berkenalan dengan seorang usahawan tersohor, Datuk Jaki (Dato’ AC Mizal) yang mengajar beliau selok belok perniagaan dan cara-cara untuk menjadi seorang jurujual hebat. Dari situ, beliau mengorak selangkah lagi dan terlibat dengan dunia pengacaraan di mana namanya kemudian menjadi sebutan dan popular. Rose mula lalai akan tanggungjawabnya sebagai isteri dan mengabaikan Amin. Pada masa yang sama, pengurus Rose, Mr. Sam (Idris Khan) turut cuba mendekati Rose. Rose kini dalam dilema dan rumahtangganya bersama Amin dilihat semakin goyah. Bagaimana pula dengan Amin yang begitu mencintai isterinya?

Ditambah:
22 Nov 2026, 22:07 MYT
Metadata dikemas kini:
N/A MYT
Tarikh di sumber:
13 Jan 2023

Versi Tersenarai 1

WEB-DL 1080p720p Dilihat 22 Nov 2026

MovieMatz hanya menyimpan metadata untuk tujuan katalog. Pautan streaming atau muat turan tidak dipaparkan.